MrLens

Monday 7 November 2016

Pengalaman Lens Shopping with MRLENS

Ada sesiapa pengguna kanta lekap dalam kalangan pembaca blog Cik Sibau? Cik Sibau bukanlah pengguna tegar kanta lekap. Cik Sibau lebih gemar memakai cermin mata berbanding kanta lekap sebab cermin mata nak pakai senang nak jaga pun senang. Tapikan kadang-kadang kalau dapat jemputan kenduri atau majlis keramaian Cik Sibau memilih menggunakan kanta lekap. Maklumlah Cik Sibau ni nak juga bergaya dengan eye makeup. Kalau pakai cermin mata, eye makeup rugi je.

Sebelum ni Cik Sibau beli kanta lekap dari kedai cermin mata tapi pilihan yang ada sangatlah terhad dan harga pun agak mahal. Tulah Cik Sibau terfikir jugalah cuba search kat google kot mana tau ada kedai online jual kanta lekap ni. Yelah kan sekarang ni berlambak portal business online ni. Goggle punya google, jumpa ada dua tiga kedai online kat Malaysia yang menjual kanta lekap tapi Cik Sibau tak berani beli terus. Memilih kanta lekap ni perlu berhati-hati terutama bagi mereka yang "power" cermin mata tinggi. Pilih kedai online yang review baik, konsisten dan tengok juga bahagian order and term service. Cik Sibau kategor "ok" lah lagi prescription dua-dua mata 1.75 je, tak da le rabun teruk sangat. Silau pun tak tinggi.

 Sebelum membeli kanta lekap online , nasihat Cik Sibau pembaca dapatkan nasihat optometrist dahulu ye. Pastikan tahu prescriptions kanta lekap yang terbaru. Mata ni bukan "power" nya maintain, kalau buat kerja 24 jam mengadap skrin komputer memang boleh naik banyak.

Satu lagi pesanan Cik Sibau, janganlah terus beli kanta lekap guna prescriptions cermin mata. Prescriptions untuk cermin mata adakalanya berbeza dengan prescriptions kanta lekap sebab cermin mata duduk jauh dari anak mata tapi kanta lekap kita letak atas permukaan anak mata. Pergi check betul - betul dulu ok.

So, Cik Sibau nak kongsikan pengalaman Cik Sibau shopping kanta lengkap dalam satu portal ni. Dalam banyak-banyak portal yang Cik Sibau tengok, portal ni nampak agak menyakinkan berbanding sesetengah portal yang hanya menjual kanta lekap kosmetik tapi prescriptions macam tak berapa pro.

Portal yang Cik Sibau pilih ni namanya MrLens. Portalnya simple je . 

Satu kelebihan portal ni Cik Sibau tengok, pilihan kanta lekap sangat banyak dan disusun dengan elok ikut jangka masa pemakaian. Semua dari jenama terkenal. Tapi satu Cik Sibau tak suka, Cik Sibau ni sangat addicted dengan search box. Guna search box cepat banding kita nak kena buka link separately. Lepas taip brand kanta lekap yang Cik Sibau nak dalam search box nya, sayang tak jumpa pulak brand tu sedangkan dalam list ada. Cik Sibau haraplah pihak MrLens perbaik kelemahan ni secepat mungkin untuk memudahkan pelanggan shopping.

Untuk kenduri kendara Cik Sibau suka kanta lekap berwarna. Selalunya Cik Sibau guna jenama airoptic colour tapi kali ni Cik Sibau nak cuba pulak kata lekap jenis circle lens. Circle lens ni popular kat negara macam Jepun dan Korea. Sebab pakai circle lens macam nampak besar macam mata watak anime . Tapi keburukan Circle lens ni, tak boleh pakai lama sangat. Kalau lens macam Air Optic kita boleh pakai smpi 8 jam lebih tapi circle lens elok pakai kurang dari 5 jam.

Ok dalam banyak - banyak jenama Circle lens, Cik Sibau peminat jenama Geolica. Pengalaman lepas, berbanding dengan circle lens lain yang pernah Cik Sibau guna, Geolica nampak lebih natural dan selesa digunakan. Geolica lens ni ada banyak jenis tapi kali ni Cik Sibau memilih untuk memilih Geolica Lady Pearl Gray. Colour memang comel. 


Cik Sibau tengok harga yang portal ni tawarkan lebih murah banding kalau kat kedai biasa sebab banyak diskaun. Tu yang best tu. Harga tak termasuk kos penghantaran tau. Sebab Cik Sibau tinggal luar area KL, kos pos laju RM6. Lepas selesai memilih kanta lekap yang menjadi pilihan hati, Cik Sibau buat akaun dan mula membeli :) . Senang je, portal ni terima online banking. Cik Sibau guna CIMB online click sana click sini dah siap.



Cik Sibau order dalam pukul 10 malam hari Selasa tapi portal ambik masa dalam sehari untuk update payment. Pihak MrLens hantar update order menerusi emel. Cik Sibau order pada 1/11 dan pos laju deliver barang ke rumah pada pagi 7/11. So, ambil masa dalam seminggu jugalah barang nak sampai. Kepada pembaca yang nak guna kanta lekap dalam tempoh kurang seminggu, Cik Sibau tak galakkan korang beli secara online ye melainkan korang duduk area KL.

Ok ni rupa packaging yang Cik Sibau terima. Packaging sampai dalam keadaan sempurna. So, apa ada dalam kotak ni... Cik Sibau dapat lolipop sebiji, sorry terlupa nak ambil gambar pula. Hehe comelkan kotak Geolica ni...warna pink. Tapi Cik Sibau kecewa sikit, kawan sekerja cerita dia pernah beli dengan MrLens dapat case lens, Cik Sibau tak dapat pun. Habis stok dah ke.


Rupa kanta lekap yang Cik Sibau tempah. Colour ok tak terlalu terang, dan saiz pun nampak natural bila pakai. Setakat ni Cik Sibau guna dalam 5 jam gak lah, rasa selesa tak da rasa dry atau mata berurat merah ke. So, overall puas hati, pembelian success.
 

Bagi sesiapa yang berminat membeli kat MrLens ni, boleh le jenguk portal nya.
Portal: http://www.mrlens.com.my/en
FB: https://www.facebook.com/MrLens.my

Thursday 3 November 2016

About me.



Hello and welcome to Kumang Sibau blog. I'm hoping to make this an interactive place to share my thoughts and stories. I am really excited about sharing all that I know about my passion, food, movies, beauty products, and books.
Tapi sebelum tu nak kongsi sikit, siapa Cik Sibau. Cik Sibau kongsikan beberapa fakta tentang diri saya :).


  1. gadis berdarah kacukan Iban dan Cina
  2. Hobi masak, kumpul beauty products, kumpul buku-buku lama, dan kaki tengok wayang
  3. favourite colour black and red
  4. business women

Apa maksud "Kumang Sibau"
Kumang merupakan wanita legenda dalam kisah masyarakat kaum Iban dari Sarawak. Kumang bukan sahaja disanjung kerana kecantikannya bahkan kesopanan, dan kebijaksanaanya. Cik Sibau memilih nama "Kumang" bukan disebabkan Cik Sibau sehebat atau secantik Kumang, tetapi untuk menunjukkan betapa Cik Sibau menghormati dan menyanjung tinggi wanita legenda ini. 
"Sibau" tu apa pula. Sibau ninative rambutan dari Sarawak. Buah kegemaran Cik Sibau. 
Blog ni bakal jadi platform Cik Sibau berkongsi tentang hobi dan kisah hidup Cik Sibau. Blog ni multilingual, so jangan terkejut kalau ada pelbagai bahasa keluar. Cik Sibau minta maaf lah ye kalau banyak sangat bahasa rojak. Sebarang komen dari pembaca amatlah Cik Sibau alu-alukan, namun biarlah komen yang membina dan berhemah ye.

Thanks for stopping by.
Cik Sibau (CS).

Monday 4 January 2016

The Abominable Bride is a huge disappointment. Apa sudah jadi Sherlock?!

Sherlock Holmes merupakan karakter fiksyen yang dikenali ramai. Mungkin peminat Sherlock di Malaysia agak kurang, namun saya sudah lama meminati siri yang dikarang oleh Sir Arthur Conan Doyle ini.

Sedikit pengenalan kepada watak Sherlock Holmes; Sherlock menganggap dirinya sebagai seorang penyiasat yang terkenal dengan kehebatan minda terutama dalam menjalankan penyiasatan kes berdasarkan fakta forensik dan logik akal. Penyiasatan kes yang dilakukan Sherlock sentiasa ditemani oleh rakan baiknya Dr John Watson yang merupakan seorang doktor perubatan dan bekas tentera. Sir Arthur Conan Doyle menggunakan watak Dr Watson sebagai narrator dalam buku beliau. Sherlock ni boleh dianggap penyiasat yang suka memuji diri sendirilah juga.

 Walaupun kisah Sherlock berlatar belakangkan zaman Victoria di England, terdapat beberapa adaptasi novel ini yang diubah kepada zaman moden. Salah satu adaptasi siri Sherlock yang mendapat sambutan yang amat baik ialah Siri Sherlock oleh BBC One yang menampilkan Benedict Cumberbatch sebagai Sherlock dan Martin Freeman sebagai Dr Watson. Siri ini turut diitayangkan di TV3 Malaysia. Memang mata melekat kat TVlah bila mula je siri ni.

 Setakat ini, siri ini sudah disiarkan sebanyak 3 musim, namun disebabkan populariti kedua-dua pelakon utama siri ini, Siri Sherlock musim keempat terpaksa ditunda sehingga tahun 2017.



Siri Sherlock BBC One, membawa banyak kelainan berbanding dengan Siri Sherlock pada zaman Victoria. Kehebatan Cumberbatch membawa watak Sherlock dipuji di peringkat antarabangsa. Sherlock versi moden ini mendapat kelebihan daripada penggunaan teknologi moden dalam membantu Sherlock menyelesaikan kes. Selepas tiga musim, BBC One menghasilkan satu episode khas untuk mengingatkan kembali penonton kepada Sherlock. Siri khas ini berbeza dengan episod Sherlock sebelum ini dengan menjadikan Victorian era sebagai fokus.

Episod khas Sherlock The Abominable Bride, ditulis berdasarkan konsep "what if" atau alternatif kepada Sherlock pada zaman moden. Walaupun konsep asal episod ini amat menarik (plus Martin Freeman dengan misainya hmmm), namun hasilnya mengecewakan.

Entry seterusnya mengandungi "major spoiler"!

Plot episod khas Sherlock berkisar tentang  pengantin perempuan Emilia Ricoletti yang menembak dirinya sendiri setelah gagal membunuh suaminya. Ricoletti dikatakan menjadi mayat hidup dan sekali lagi cuba membunuh suaminya. Kali ini Ricoletti berjaya menembak suaminya dengan disaksikan puluhan saksi. 

Siri Sherlock sebelum ini yang terkenal dengan banyak "twists and turns", kurang ditunjukkan. Tak payah jadi genius macam Sherlock pun dah boleh agak siapa pembunuh sebenarnya. Pengantin yang dikatakan hidup semula sebenarnya masih hidup semasa Ricoletti membunuh suaminya. Selepas berjaya membunuh suaminya, barulah Ricoletti meminta rakan wanita yang lain untuk membunuhnya. Rakan-rakan yang lain ini kemudiannya menggunakan helah pengantin zombie Ricoletti untuk membalas dendam terhadap pihak yang menpertikaikan hak mereka.

Amat mengecewakan saya apabila semua yang berlaku dalam episod ini sebenarnya merupakan mimpi atau halusinasi Sherlock semata-mata. Samalah macam penulisan karangan masa sekolah rendah dulu, cerita hantu dah cukup hebat, menakutkan meremang bulu roma, sampai ayat terakhir "rupa-rupanya ia mimpi semata-mata" kuang kuang kuang! Terus markah dari "A" cikgu tukar jadi "C"! 

Drug abuse oleh Sherlock juga semakin melarat dan ia bukan sesuatu baru. Malah abang Sherlock, Mycroft yang dianggap sebijak Sherlock, gagal membantu Sherlock dalam dilema dadahnya. Yap Sherlock penagih dadah super tegar , berbeza dengan Sherlock yang saya kenali menerusi buku-buku Sir Conan Doyle. Episod khas ini juga nampaknya masih taksub dengan watak antagonis Moriaty. Ya tak dinafikan Moriaty musuh terhebat Sherlock, tapi watak Moriaty dah bermusim meninggal. Tak perlulah penulis Sherlock membawa kembali watak Moriaty dengan tujuan menarik minat peminat setia Andrew Scott atau disebabkan "fan service". Menghidupkan kembali watak Moriaty hanya akan menjadikan plot asal tidak masuk akal.

Siri Sherlock sememangnya fokus utama kepada watak utama Sherlock Holmes, dah nama pun siri Sherlock. Namun, ini tidak bermaksud episod ini tidak memberikan penekanan kepada watak sampingan lain. Salah satu faktor Sherlock musim pertama dan kedua begitu popular adalah kerana kebijaksanaan watak sampingan, namun The Abominable Bride menganggap watak-watak sampingan hanyalah watak sampingan yang hanya perlu menjawab "yes" "yes" dan " yes"  angguk geleng kepada segala pendapat Sherlock.


Sherlock dianggap genius dan terhebat sebaliknya watak lain dianggap "lackey" semata-mata. Tanpa Sherlock, watak lain tidak boleh berfikir sendiri. Tanpa Sherlock pembunuh akan terlepas lari. Tanpa Sherlock, pihak polis tak dapat bertindak!

Sebagai fan kepada siri ini, minta-mintalah musim keempat nanti kembali sehebat musim-musin yang lalu. Kalau tidak BYE BYE SHERLOCK! BYE BYE NEW SEASON! 
FINAL GRADE: C+